Wednesday, June 30, 2010

300610 - Kisah Bapak Mertua dengan Menantu lelaki

Tersebutlah kesah di sebuah rumah, tinggalah si bapa mertua dengan si menantu lelakinya. Si bapa mertua seorang yang rajin bekerja tetapi malas menunaikan solat manakala si menantu lelaki pula seorang yang malas bekerja tetapi rajin menunaikan solat.
Si bapa mertua sentiasa memerhati sikap menantu lelakinya itu yang hanya tahu duduk dirumah makan tido makan tido. Sehinggalah di suatu hari si bapa mertua tidak lagi tahan dengan perangai menantu lelakinya itu. Si bapa mertua keluar rumah menuju ke sebuah warung lalu dipinjamnya papan Dam dengan buah-buahnya. Kemudian pulanglah si bapa mertua kerumah bersama-sama barang yang dipinjamnya diwarung tadi.
Setibanya dirumah kelihatan si menantu lelakinya baru sahaja habis menunaikan solat. Lalu si bapa mertua mengajak menantu lelakinya bermain dam. Apalagi si menantu lelaki menerima ajakan bapa mertuanya itu untuk berlawan bermain dam. Papan dam itu pun diletakkan diatas meja. Buah-buahnya pun diatur. Permainan pun bermula.
Si bapa mertua bagi buahnya dimakan oleh menantu lelakinya sehinggakan menantu lelakinya bertanya.
Si Menantu Lelaki: Kenapa Bapak bagi makan buah-buah bapak?
Si Bapa Mertua: Mestilah kena bagi anak makan buah-buah bapak sebab anakkan tau makan tido makan tido sahaja. Anakkan seorang Pemalas!
Si manantu lelaki terdiam dengan sindiran pedas bapa mertuanya. Tetapi permainan masih diteruskan. Main punyalah main tiba-tiba si bapa mertua mendapat haji. Si menantu lelaki pun pelik lalu berkata.
Si Menantu Lelaki: Ehh! macam mana bapak boleh mendapat haji sedangkan bapakkan tidak pernah sembahyang?
Si bapa mertua terdiam dengan muka masam sambil dalam hati berkata, "Kurang hasam punya menantu. Berani ko kenakan aku balik ye! Hantu ko!"

Begitulah kisah si bapa mertua yang malas solat dengan si menantu lelaki yang malas bekerja.
sekian.

No comments:

Post a Comment