Thursday, December 17, 2009

171209 - MALAYSIA BOLEH!!

MALAYSIA BOLEH!!


TAHNIAH! pada pasukan bola sepak lelaki Malaysia U23 yg berjaya bawa pulang pingat emas di Sukan Sea Laos.. Inilah kejayaan yang peminat Malaysia nantikan.. Sudah 20 tahun pasukan bola sepak negara tidak membawa pulang emas.. kali terakhir pada tahun 1989.. seumur dgn aku..

Walaupun aku hanya dapat menyaksikan serba sedikit perlawanan akhir bola sepak lelaki antara Malaysia dan Vietnam kerana beberapa masalah teknikal di Kedai Mamak.. kekecewaan aku terubat dengan Emas..

Sekali lagi aku ucapkan Tahniah pada pasukan bawah bimbingan K.Rajagopal atas kejayaan ini.. Aku harapkan kejayaan ini menjadi pendorong semangat pasukan negara untuk terus berjaya dan bukannya menjadi sebab utama untuk pasukan negara ini kecundang dan kecundang pada masa akan datang..

MALAYSIA BOLEH!


p/s: Semarakkan Bola Sepak Tempatan..

No comments:

Post a Comment